Reka bentuk dan pengenalan Iron_Cross

Iron Cross 1813 dengan teks singkatan FWIron Cross Kelas 2, Perang Dunia I

Pingat Iron Cross ialah satu silang tegak empat penjuru berwarna hitam bersama trim putih, dengan setiap penjuru yang mengembang ke hujung, sama seperti cross pattée. Ia direka oleh arkitek neo klasik Karl Friedrich Schinkel dan mencerminkan penggunaan salib oleh Kesatria Teutonik pada kurun ke 14. Salib ini telah menjadi simbol angkatan tentera Jerman sejak dari tahun 1871.

Riben bagi Iron Cross (Kelas 2) tahun 1813, 1870 dan 1914 berwarna hitam dengan dua jalur tipis warna putih, yang merupakan warna dari Prusia. Versi awam bagi pingat ini adalah sama tetapi warna hitam putih riben diterbalikkan. Warna riben bagi Iron Cross (Kelas 2) tahun 1939 ialah hitam, putih, merah, putih, hitam. Biasanya ditengah-tengah salib terdapat teks timbul yang menggambarkan zaman-zaman penganugerahan tersebut (contoh singkatan teks "FW" bagi Raja Frederick William III (1813), "W" bagi Kaiser Wilhelm II (1870) dan Wilhelm II (1914) serta versi terakhir memaparkan simbol swastika tahun 1939).

Iron Cross telah didaftarkan semula oleh Maharaja Wilhelm II pada 5 Ogos 1914, di permulaan Perang Dunia I. Iron Cross tahun 1813, 1870 dan 1914 mempunyai tiga darjah:

  • Iron Cross Kelas 2 (Jerman: Eisernes Kreuz 2. Klasse, or EK2)
  • Iron Cross Kelas 1 (Jerman: Eisernes Kreuz 1. Klasse, or EK1)
  • Grand Cross of the Iron Cross (Jerman: Grosskreuz des Eisernen Kreuzes, sering disebut Grosskreuz)

Walaupun pingat-pingat tersebut nampak serupa, cara pemakaiannya agak berbeza. Iron Cross Kelas 1 disemat disebelah kiri uniform si penerima, menggunakan pin atau tiang skru dibelakang pingat tersebut. Grand Cross dan Iron Cross Kelas 2 digantung pada riben yang berlainan.

Pemegang pingat Iron Cross 1914 boleh dikurniakan sekali lagi Iron Cross untuk tahun 1939, tetapi bukan dalam bentuk pingat sebaliknya dalam bentuk lencana. Dalam hal berkaitan, "Lencana 1939" (Spange) boleh dipakai pada Iron Cross 1914 yang asal. Bagi pingat Kelas 1, lencana tersebut yang berbentuk helang dengan tahun "1939" disematkan diatas Iron Cross. Walaupun ia anugerah yang berasingan, dalam beberapa keadaan si pemegang telah mematerinya bersama.

Semasa Perang Dunia I, lebih kurang 218,000 EK1, 5,196,000 EK2 dan 13,000 EK2 awam telah dikurniakan. Jumlah tepat anugerah tidak diketahui, sejak arkib tentera Prusia musnah dalam Perang Dunia II. Anugerah yang banyak telah mengurangkan status dan reputasi pingat tersebut. Antara penerima Iron Cross 1914 Kelas 2 dan Kelas 1 ialah Adolf Hitler, yang menyandang pangkat Koperal. Hitler sering dilihat memakai EK1 disebelah kiri poket dadanya, seperti yang kebiasaan, dalam kebanyakan gambar-gambarnya.